Custom Search

Kelas Tuisyen



Tempat: Pusat Sukses Gemilang (Kota Permai)
Hari: Setiap Jumaat (kecuali dimaklumkan)
Masa: Tingkatan 4 (7:00pm to 8:30pm)
Tingkatan 5 (8:30pm to 10:00pm)
Sila hubungi: 016 4783898 (En. Lim) atau
012 4987783 (En Tan)

Kelas tuisyen kami akan berdasarkan latihan tubi yang terkini dan berkesan untuk menyediakan para pelajar mengambil peperiksaan SPM.

Teruskan>>>>>

Panduan Am Peperiksaan


Berikut adalah beberapa panduan am peperiksaan yang boleh digunakan bagi menjawab soalan Prinsip Akaun. Antaranya ialah:

1. Calon-calon harus memulakan jawapan dengan halaman atau muka surat yang baru bagi setiap soalan.

2. Nombor soalan yang dijawab mesti jelas dinampak pada sebelah kiri muka surat.

3. Kertas jawapan haruslah disusun mengikut urutan kertas soalan.

4. Calon-calon mesti mengunakan kertas jawapan yang dibekalkan mengikut kesesuaian soalan.

5. Jangan gopoh ketika membuat pengiraan.

6. Susun akaun-akaun yang dibuat dengan sempurna supaya memudahkan sistem catatan bergu dibuat.

7. Untuk mengelakkan pembaziran masa, jawab soalan yang difikirkan mudah atau markah yang lebih tinggi terlebih dahulu.

8. Peruntkkan masa bagi menjawab sesuatu soalan hendaklah sesuai dengan peruntuk markah bagi soalan berkenaan.

9. Calon hendaklah menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan di setiap helaian kertas jawapan yang digunakan.

10. Semak semula semua kerja, jika masa mengizinkan.

11. Calon-calon dinasihatkan supaya membaca dan memahami semua arahan di muka hadapan kertas soalan.

12. Sebelum menghadapi peperiksaan calon-calon dinasihatkan supaya selalu membuat banyak latihan dengan merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

Dengan cara-cara yang disenaraikan di atas haraplah boleh membantu para pelajar meningkatkan kecekapan, kemahiran dan ketepatan ketika menjawab soalan.

Teruskan>>>>>

Tarikh Peperiksaan SPM 2008


SPM
Ujian Bertulis 12 November - 6 Disember 2008

SPM (Ulangan)
Bahasa Melayu 24 Jun 2008
Matematik 25 Jun 2008

Para pelajar harus merancangkan masa ulankaji berdasarkan tarikh peperiksaan SPM yang telah ditetapkan.

Teruskan>>>>>

Who Is An Accountant?


If you want to claim yourself as an accountant in Malaysia, you must be a member of the Malaysia Institute of Accountants (MIA). An accountant is a professionally qualified, experience and competent individual bound by a strict ethical code and professional standards and backed by a dynamic professional body.

If you want to find out more, you can refer to http://www.mia.org.my/


Disedia oleh
www.prinsipakaunspm.blogspot.com

Teruskan>>>>>

Konsep and prinsip perakaunan asas







Konsep perakaunan yang juga dikenali sebagai konvensyen perakaunan merupakan andainan yang diterima secara umum. Ia terdiri daripada berikutnya:-

Wang sebagai ukuran



Hanya urus niaga yang boleh diukur dalam nilai mata wang boleh direkodkan dalam buku catatan. Di negara kita, unit mata wang ialah Ringgit Malaysia (RM) and sen.



Prinsip catatan bergu



Setiap urus niaga akan direkodkan dalam dua akaun yang berlainan pada masa yang sama dengan jumlah nilai yang sama di mana satu akaun didebitkan and satu lagi dikreditkan.



Entiti barasingan



Pemilik perniagaan dan perniagaan merupakan entity yang berasingan. Oleh itu, transaksi-transaksi peribadi tidak boleh dicatatkan dalam buku catatan perakaunan syarikat.



Tempoh perakaunan



Hayat perniagaan dibahagikan kepada jangka masa atau tempoh yang tertentu. Contohnya setahun atau setengah tahun.



Kos sejarah



Semua urus niaga harus direkod mengikut harga belian.



Badan berterusan



Perniagaan diandaikan akan beroperasi secara berterusan untuk suatu jangka masa yang tidak terbatas.



Pemadanan



Hasil yang diperoleh harus dipadankan dengan belanja yang dikenakan dalam tempoh perakaunan yang sama.



Ketekalan




Apabila sesuatu kaedah perakaunan digunakan, kaedah tersebut tidak harus ditukar tanpa sebab yang munasabah



Materialiti



Pelarasan tidak perlu dibuat untuk perkara-perkara yang remeh-temeh.

Teruskan>>>>>

Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan


Tingkatan 4
Bab 1 : Pengenalan
Bab2: Aset, liabiliti, Ekuiti pemilik, Hasil dan Belanja
Bab3: Lejar
Bab4: Dokumen perniagaan sebagai sumber rekod perakaunan
Bab5: Buku catatan pertama
Bab6: Imbangan Duga
Bab7: Penutup akaun dan penyediaan penyata kewangan (tanpa pelarasan)-keempunyaan tunggal
Bab8: Pelarasan pada tarikh imbangan
Bab9: Penyata kewangan dengan Pelarasan

Tingkatan 5
Bab1: Akaun Kawalan
Bab2: Pembetulan kesilapan
Bab3: Penyata penyesuian bank
Bab4: Belanjawan tunai
Bab5: Perkongian
Bab6: Pembubaran Perkongsian
Bab7: Syarikat Berhad
Bab8: Rekod tak lengkap
Bab9: Akaun kelab dan persatuan
Bab10: Perakaunan untuk pengeluaran
Bab11: Perakaunan kos: Analisasis kos volume untung
Bab12: Tafsiran penyata kewangan

Teruskan>>>>>

Pengenalan-Format Instrumen Pentaksiran


Pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM terdiri daripada dua instrumen, iaitu:

A) Kertas 1 (3756/1)-Ujian objektif
B) Kertas 2 (3756/2)-Ujian subjektif

Kertas 1
Bilangan soalan : 40 soalan
Masa : 1 Jam 15 minit
Markah penuh: 40 markah

Kertas 2
Bilangan soalan:

  • Bahagian A- 4 soalan (mesti jawap semua)
  • Bahagian B- 2 soalan (pilih salah satu)

Masa: 2 jam 30 minit

Markah: Bahagian A: 68 markah

Bahagian B: 12 markah

Teruskan>>>>>